Ini Kesannya Bila Terlalu Banyak Menghadap Gajet


Ini Kesannya Bila Terlalu Banyak Menghadap Gajet

Ada beribu-ribu aplikasi pengajaran secara online di internet yang mudah dimuat turun di gajet anak anda yang direka untuk menjadikan anak kecil anda pemikir

Lebih banyak masa kanak-kanak menghabiskan menonton apa-apa bentuk kandungan skrin, semakin rendah kemahiran fungsi eksekutif kanak-kanak.

Tetapi bolehkah ini menjadikan mereka "bodoh" atau sebaliknya?

Satu kajian telah dilakukan terhadap dua orang kanak-kanak lelaki kembar berumur 4 tahun untuk mengkaji bagaimana kesan pendedahan skrin gajet boleh memberi impak kepada mereka. Seorang diberikan gajet seorang lagi di latihan secara manual.

Antara dua kajian yang telah dibuat ialah Kemahiran Berfikir dan juga Kemahiran Konsentrasi. Hasilnya amat mengejutkan!. 
Boleh lihat kajian itu dalam video yang kami sertakan

Pengkaji juga mengatakan bahawa semakin banyak jumlah masa yang dihabiskan oleh kanak-kanak di TV pada usia seawal 12 bulan, akan merendahkan IQ kanak-kanak bila mencapai umur 4.5 tahun

Kajian Neuroscience juga menunjukkan pada kita bahawa kanak-kanak akan belajar dengan terbaik apabila terdapat komunikasi atau perbualan dua hala

Jadi lebih banyak masa kanak-kanak mengahadap skrin, semakin kurang mereka akan berinteraksi dengan alam persekitaran mereka

Kanak-kanak yang aktif gajet juga cenderong untuk tidak duduk diam dan gelisah bila tiada gajet ditangan mereka. Kesan ketagihan gajet juga memberik kesan kepada kerjaya dan peluang hidup mereka pada masa depan. Video pendek 3 minit dibawah ini menunjukkan tentang kajian yang dilakukan.


Via: Ibu Bapa Prihatin

Share on Google Plus

About Admin

Laman tentang Ilmu Parenting, Ibu Bapa, Keluarga, Anak

0 comments:

Post a Comment