Selama ini mesti korang rasa jigsaw puzzle ni mainan biasa-biasa jek, kan?
Alah, mainan bebudak jek ni.
Tak pe, lepas bace kelebihan main jigsaw puzzle ni, pandangan korang terhadap mainan ni akan berubah 100%.
Mainan jigsaw puzzle ni satu permainan akal yang perlukan kite cam corak dan berfikir untuk cantumkan cebisan-cebisan puzzle itu untuk bentukkan imej yang betul.
Selain tu, ape yang istimewa benor permainan ni?
Zaman skang ni, smua barang keperluan dah mahal, takkan lah nak bli mainan mahal pulak kan. Jigsaw puzzle ni murah jek, tak sampai rm 5 pun ado.
Tiap lapisan masyarakat tak kire kaye miskin, mampu beli.
Selain tu, puzzle ni berlambak lambak dijual dimana-mana. Kat pasaraya ade, kedai runcit ade, nak beli online pun boleh dek non.
Bukan budak kecik jek, orang tua pun naik syok tau main puzzle ni. Tak kire umur.
Kite boleh gunekan jigsaw puzzle yang kepingan besar, untuk bantu kanak-kanak yang ade masalah lambat berfikir.
Ade memacam jenis puzzle ni.
Ade yang sikit, sesuai untuk bebudak 3 to 5 tahun. Ade gak yang banyak sampai beribu-ribu keping cebisan, mencabar btol tu.
Ade yang sikit, sesuai untuk bebudak 3 to 5 tahun. Ade gak yang banyak sampai beribu-ribu keping cebisan, mencabar btol tu.
Ade jugak yang satu warna jek, perghhh mencabar tahap maksimum tu.
Senang citer, kite boleh pilih tahap kesukaran puzzle yang kite nak.
Mainan puzzle ni bagus untuk perkembangan otak, untuk sel sel otak berhubung.
Menyusun dan bermain puzzle ni bagus untuk buat minda kite tajam.
Yang best nye tu, mainan ni buat otak kita bekerja dikedua-dua belah bahagian pada masa yang sama.
Bahagian kreatif otak kite bekerja untuk melihat produk akhir (puzzle yang siap), sementara bahagian logik pula bekerja untuk memadankan kepingan-kepingan puzzle dengan betul dan sempurna.
Sebab tu orang mengandung digalakkan main puzzle sekurang kurangnye sekali sehari. Boleh galakkan perkembangan otak baby dalam kandungan.
Kalau korang nak anak anak korang membesar menjadi seorang yang kreatif, menyusun puzzle adalah antara langkah pertama kearah itu.
Mainan puzzle ni menggalakkan interaksi. Tak macam main fon atau ipad, budak jadi pendiam jek.
Sementara menyusun puzzle bebudak akan bercakap dengan kawan atau dengan keluarga untuk siapkan puzzle.
Cikgu cikgu kat skolah pun jadikan mainan ni sbagai salah satu aktiviti pelajar dalam kelas. Supaye mereka saling berinteraksi dengan sihat dan memupuk nilai bekerjasama dalam menyiapkan tugasan.
Boleh tingkatkan tahap fokus anak anak jugak tau. Tak de yang lebih baik untuk melatih tahap fokus dan perhatian terhadap tugasan selain bermain puzzle.
Boleh melatih kite bersabar kerana kengkadang kite tersekat skejap sebelum dapat padankan kepingan yang betul dan perlu berusaha keras sebelum jumpe kepingan yang tepat.
Selain itu, permainan puzzle boleh bantu beri peluang pade keadaan separa-sedar (subconcius mind) kita untuk berfikir perkara lain.
Boleh ilangkan stress gittew. Mainan puzzle ni buat minda kita rileks dan berfikir perkara lain.
Bile kite buntu untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kite boleh tenangkan minda dengan bermain puzzle.
Kenapa?
Sebab kadangkala kite boleh dapat cetusan idea dan penyelesaian terbaik sewaktu sedang menyusun puzzle.
Tidak memerlukan tenaga elektrik dan karya seni yang menarik.
Kite tidak perlukan elektrik untuk berpuzzle, tidak seperti video games dan televisyen. Kite boleh main puzzle bebile masa dan dimana aje, tak kira hujan atau ribut, di rumah atau diluar.
Setelah kita berjaya selesaikan puzzle, kite boleh jadikannye hiasan yang menarik untuk dinding rumah kite.
Gam, frame dan mounting board boleh dibeli pada harga yang murah dan senang didapati di kedai stationery.
Puzzle juge boleh membantu pesakit Arthritis.
Dalam bahasa melayu, penyakit arthritis (penyakit sendi) yang pada kebiasaannya menyerang kawasan sendi seperti jari-jari.
Dengan bermain puzzle, secara tak langsung akan memberi cara yang lembut dan seronok kepada pesakit untuk memberi senaman pada tangan mereka.
Menggerakkan kepingan, mengutipnya dan memusingkan arah orientasi kepingan puzzle supaya dapat dipadankan, kelihatan biasa bagi mereka yang normal.
Tetapi perkara ini adalah satu cabaran yang bermakna kepada pengidap penyakit tersebut.
Di dalam dunia yang dilambakkan dengan alat elektronik dan gadget skang ni, permainan jigsaw puzzle ni dianggap ketinggalan zaman dan makin dilupekan, haihh sian.
Sampai generasi muda skang ni ado yang tak kenal permainan ni, ish ish ish.
Haa lain kali, jangan pandang sebelah mata jek kat permainan puzzle ni.
Walaupun murah, banyak kelebihan die berbanding mainan lain.
Lagi pun cabaran die jauhhh lebih mencabar otak.

0 comments:
Post a Comment