Zaman dulu, ibu bapa yang kurang berpendidikan tinggi/ kurang berpendidikan melahirkan
yang dikategorikan sebagai Group 'A'.
Anak anak Group 'A' ini berusaha keras (atas usaha sendiri), selepas Darjah 6 atau Tingkatan 6 untuk berjaya.
Kebanyakan mereka
๐berkaki ayam ke sekolah
๐membantu ibu bapa di kebun
๐mengangkat air (tiada bekalan air paip) dan mencari kayu api (tiada kemudahan dapur gas)
๐membantu ibu bapa membela/ menternak haiwan ternakan
๐ada yang berniaga selepas waktu sekolah
Kini, Group 'A' , yang telah bergelar ibu bapa, melahirkan anak anak Group B.
Anak anak Group B adalah
๐นdimanjakan
๐น dibantu untuk menyudahkan kerja sekolah (baik dari tadika hingga ke sekolah menengah hatta di peringkat Universiti)
๐นdihantar ke sekolah sekolah mahal atau ke luar negara
๐นmereka boleh menonton rancangan kegemaran sebaik lepas waktu sekolah/ cuti sekolah
๐น dilayan bagai raja dan permaisuri
๐นmereka tak buat kerja kerja rumah/ tak bantu ibu bapa di rumah
๐นMakanan dihidang untuk mereka
๐นPinggan mangkuk mereka selepas makan pun dibersihkan ibu bapa/ Bibik
๐นMereka dimewahkan dengan kereta mewah dan pakaian berjenama
๐นDan duit poket!
๐นIbu bapa bantu mereka untuk menyiapkan tugasan
TETAPI
Situasi bagi ibu bapa Group 'B', anak anak mereka masih terkapai kapai untuk berdikari walau usia sudah mencecah 30-an
‼
Jadi, mereka tidak dapat membantu diri mereka sendiri, ibu bapa mereka, apatah lagi masyarakat sekeliling.
Mereka tergamak mengabaikan ibu bapa sendiri dalam mengejar impian hidup.
Solusi:
Didik anak anak :-
๐agungkan kebesaran Allah
๐hormati diri sendiri dan orang lain
๐ bina keyakinan kendiri
Untuk saya dan ibu bapa lain, jom kita displinkan anak anak kita untuk jadi insan yang berdisplin dan berguna, bak kata orang dulu dulu, biar JADI ORANG
‼ Hidup jangan menyusahkan orang
‼
Semoga kita semua dirahmatiNya
Artikel oleh: Drzubaidi HjAhmad

0 comments:
Post a Comment