Anak pertama si abang/ kakak cemburu kepada adiknya?. Ini tips awal daripada kami
Jika anda mempunyai anak kecil dan ketika itu isteri anda sedang mengandung, selalulah "memperkenalkan" anak anda kepada si adiknya yang bakal lahir.
Bagaimana nak "perkenalkan?"
+ Jika kandungan sudah besar dan diketahui jantinanya, berikan panggilan pd si adik. Ini bagi membolehkan si abang / kakak mengenal bakal adiknya
+ Tunjukkan kewujudan si adik.
Perlihatkan pada si abang / kakak gambar seorang wanita hamil yang mempunyai jasad bayi didalam kandungan kepada si abang / kakak (Cth gambar: https://goo.gl/QtF4iL) . Bagitau dia:-
"Sofea, ni perut umi, dalam perut ummi ada adik Sofea tau. Tak lama lagi dia nak keluar jumpa Sofea.."
+ Setiap kali apa yang dilakukan, disebut, kaitkan sekali anak dalam kandungan kepada si abang / kakak tadi
"Sofea dah ucap selamat malam kat adik?"
"Sofea, jangan panjat ummi, kena adik nanti sakit"
"Sofea jom makan, makan dengan ummi dengan adik nak?"
"Sofea jangan cakap kuat-kuat nanti adik bangun"
"Sofea, jangan panjat ummi, kena adik nanti sakit"
"Sofea jom makan, makan dengan ummi dengan adik nak?"
"Sofea jangan cakap kuat-kuat nanti adik bangun"
+ Minta juga si abang / kakak usap-usap perut dan bercakap-cakap dengan bakal adiknya.
Orang-orang lama ada cakap, kalau si abang / kakak selalu cakap dengan kandungan bila keluar akan rapat. Kami memang tak nafikan perkara ini
So inilah antara tips yang dapat team Ibu Bapa Prihatin kongsikan pada anda.
Harus juga kita ketahui, jika si abang / kakak cemburu pada adiknya, mereka tidak akan selamanya begitu. Perlukan masa untuk menerima kehadiran insan baru itu. Cuma jika diberi pilihan, lebih baiklah persiapkan si abang / kakak untuk menerima kehadiran si adik.
Yang cemburu kepada adiknya adalah kerana si adik itu tiba-tiba muncul dalam keluarganya dan juga hidupnya, seolah-oleh merentap serta merambas kebahagiaannya bersama ibu dan bapanya. Ewahh..
Bila si abang / kakak sudah diperkenalkan awal-awal dengan bakal adiknya, inshaallah setelah adiknya lahir, dia tidak akan terkejut kerana sudah bersedia dan boleh terima serta menyayangi si adik. Anda dan pasangan juga turut senang
Like page kami untuk artikel Parenting lain: Ibu Bapa Prihatin

0 comments:
Post a Comment