Bersembanglah dengan anak
Anak-anak yang dalam usia menginjak dewasa memerlukan bantuan daripada semua yang ada disekelilingnya untuk mereka melalui fasa pembelajaran berkomunikasi
+ Sebarang pengaruh perbualan atau percakapan direkod oleh anak-anak melalui proses rakaman mereka samada baik atau buruk
Mesti ada yang pernah terjumpa kanak-kanak diusia 3 tahun ada dah pandai berkata-kata kasar, kesat dan mencarut.
+ Itu bukanlah salah mereka, kerana mereka belum pandai membezakan antara percakapan baik atau buruk
+ Ini disebabkan oleh faktor disekelilingnya samada melalui media atau pun orang disekeliling termasuk ibu bapanya
+ Kita sebagai ibu bapa juga kadangkala tak terlepas mengungkapkan kata-kata tidak baik dan akhirnya menjadi ikutan anak-anak
+ Jika bukan ibu bapa, kadangkala mereka terlepas dan terdengar perbualan disekeliling mereka.
+ Sebab itu ibu-bapa jangan berkata-kata tidak baik depan anak
+ Kalau boleh elakkan mereka mendengar ucapan-ucapan tidak baik daripada orang sekeliling atapun media
+ Jika anak sudah terikut, terangkan serta merta kepadanya perkataan atau ayat yang disebutnya itu tidak baik, dan jangan ulang menyebutnya
Berbuallah selalu dengan anak
+ Kerap berbual dengan anak akan memperkayakan lagi kosa kata mereka
+ Layanlah segala percakapan mereka dengan senyuman walaupun anda tidak berapa faham apa yang mereka ungkapan
+ Jika anda kepenatan, terangkan baik-baik kepadanya..
"Piaa, Abi penatlah. Abi rehat dulu yer. nanti kita cakap.."
+ Janganlah ditengkingnya budak tu suruh diam..
Ibu bapa yang kerap menyekat anak-anaknya dengan perkataan "DIAMLAH!" ketika mereka bertanya, sebenarnya membantutkan proses pembelajaran anak tersebut
+ Kesannya mungkin anak akan kurang berkeyakinan untuk bercakap atau takut untuk bercakap.
+ Mungkin juga akan menyebabkan Speech Delay ekoran kekurangan proses komunikasi
+ Gunakan bahasa yang mudah ketika berbual.
+ Usah gunakan bahasa pelat dengan mereka
+ Tak comel pun hokey?
+ Jika anak salah dalam menyebut sesuatu benda, terus betulkan.
+ Walaupun pada mulanya mungkin agak payah mereka untuk meniru, tetapi jika diulang berulang-ulang kali lidahnya akan menjadi lembut
+ Percayalah, seronok sebenarnya berbual dengan anak-anak kecil yang penuh dengan celotehnya
Cuba sama-sama muhasabah diri, setelah bekerja seharian, bila pulang dan selesai membersihkan diri apa yang anda akan hadap dulu?
Anak-anak?
atau
Smartphone?
--------------------------
Jika anda merasakan info/perkongsian kami ini berguna, LIKE dan SHARE page ini agar kami dapat kongsikan banyak lagi ilmu2 Parenting daripada admin2 yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Bahasa paling mudah dan sempoi kami guna agar anda tidak bosan baca panjang2
"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"
Like kami: Ibu Bapa Prihatin

0 comments:
Post a Comment