Assalamualaikum Ibu Bapa Prihatin, boleh tak kongsikan post saya, mudah2an dapat membantu. Just saya kongsi pengalaman
Oleh:Wan Kamarul Wan Salim
---------------------------------------------------------------------
Mencintai Untuk Dicintai
Terbiasa mendengar ayat ini dari mulut isteri .Syg, kenapa makan cepat sgt.jawabnya sy dah terbiasa makan secepat ini..Kadang2 tak sampai 5 minit dah habis makanan di pinggan. Mungkin sebab pernah bersendirian membesarkan anak yg sulong membuatkan cara makan pun terbawa2 sampai sekarang.Allahu, kita kaum lelaki terkadang makan pun bersembang.Malah sempat lagi melayani group "wasap".
3 tahun kebelakangan ini, merasai pengalaman disaat isteri menyambung pengajian membuatkan kita sebenarnya lebih beruntung.Masa dengan anak2 makin bertambah.Difahami dengan tugasan isteri yang makin bertimbung. Ambillah ruang ini dengan membantu apa yg patut buat isteri.
Isteri bukannya sentiasa tersenyum dan gembira.Adakalanya keadaan ini berubah2.Usah dikecil hati jika senyuman kadang2 tidak dibalas.Prinsip yang selalu saya buat para suami jgn berkecil hati.Mungkin isteri dlm kepenatan, ditambah lg dengan bilangan anak yg makin bertambah.
Rajin2kan ke dapur.Paling malas pun botol susu anak tu biar kita suami yang basuh.Beruntung si isteri dapat suami yang kain baju pun suami yang lipat.Masya Allah.
Makan pakai anak cubalah si suami yang menjadi pemula.Takpelah dihiaskan baju untuk anak2 tidak sekemas kaum ibu.Asal anak2 mendapat sentuhan kaum bapa.Tidak hanya pada ibu2.
Makan pakai anak cubalah si suami yang menjadi pemula.Takpelah dihiaskan baju untuk anak2 tidak sekemas kaum ibu.Asal anak2 mendapat sentuhan kaum bapa.Tidak hanya pada ibu2.
Cuba rasai detik2 cemas dan menyakitkan tika isteri melahirkan zuriat kita.In sya Allah menginsafkan.Walau hanya seketika .
😊
Fikirkan yang positif dalam rumahtangga.Setakat yg remeh temeh usahlah diperbesarkan.Saling memaafkan tunjang kebahagiaan rumahtangga.Kekurangan sama2 ditampung.Jangan hanya pandai mengarahkan itu dan ini.
Anak-anak amanah Allah yg paling besar buat ibubapa.Didiklah mereka mengenal Allah seawal usia yang mungkin.Tanamkan dalam diri mereka hanya Allah yg berkuasa segala2nya.
Ingat, ringan2kan beban isteri.In sya Allah rahmat Allah mencurah2 dalam rumahtangga.
Sekadar perkongsian
👌
Bumi teduhan ilmu.

0 comments:
Post a Comment