Ayah marah anak, ibu nak masuk campur ke tak?
Begitu juga sebaliknya jika ibu memarahi anak, si ayah nak masuk campur ke tak?
Jawapannya YA dan TIDAK
YA. Jika anak bersalah, masuk campur, dengan cara menyebelahi pasangan anda bila anak berbuat salah, bukan menyebelahi anak.
+ Masuk campur jika hukuman yang dikenakan pasangan anda tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan si anak. Contohnya anak mencalarkan kereta, disebat dengan rotan sehingga berdarah. Melampau tu. Takkan nak tengok je?
+ Campur tangan bila mana hukuman yang dikenakan tidak sesuai dengan tahap usia anak-anak. Contohnya anak 2 tahun berbuat kesalahan, tidak patut dimarahi dengan cara menengking sekuat hati.
+ Anak sedang merakam nada anda
+ Jangan pelik satu hari nanti anak akan terikut nada anda dan menengking-nengking anda pula. Anda salah satu sebabnya
+ Dengan menyebelahi anak yang bersalah, akan menjadikan si anak tidak serik atau takut melakukan kesalahan lagi kerana pada pendapatnya si ibu / ayah akan menolongnya
+ Anak-anak juga akan menjadi manja
Bila pula masa anda TIDAK boleh masuk campur?
+ Jangan masuk campur bila si anak berlari pada anda meminta tolong. Selagi mana hukuman pasangan anda di tahap tidak membahayakan dan mencederakan si anak.
+ Tindakan campur tangan anda mungkin akan menimbulkan ketidakpuashatian pasangan anda.
+ Katakan pad anak " Haa tu la, buat lagi kan abi dah marah. Ummi kan dah pesan jangan buat? kenapa buat jugak?..."
+ Biarkan anak tahu dia buat salah takdak sapa bekap dia
+ Biar dia sedar akan kesilapan sendiri
+ Setelah selesai dimarahi, barulah pujuk anak dengan teguran dan kata-kata nasihat
+ Nasihat padanya bahawa ayah / ibu marah sebab sayang.
+ Biar dia sedar akan kesilapan sendiri
+ Setelah selesai dimarahi, barulah pujuk anak dengan teguran dan kata-kata nasihat
+ Nasihat padanya bahawa ayah / ibu marah sebab sayang.
+ Jangan campur tangan lagi-lagi bila anak melakukan kesalahan dengan sengaja dan berulang-ulang kali dilakukannya
+ Biarkan sahaja pasangan memarahi atau menegurnya berulang kali sehingga dia tidak lagi melakukan kesalahan tersebut
Tetapi, dalam marah-marah pun anda kena beringat
Anda marahkan anak untuk mendidik. Anda mendidik anak kecil, bukan mendidik tentera. Waspadalah marah anda
Dalam mendidik mesti ada kasih sayang. Dalam kasih sayang ada ketegasan. Dalam ketegasan ada kelembutan. Pada kelembutan itulah duduknya hati tisu seorang ibu dan bapa
Sebesar mana pun amarah anda, hakikatnya akan sedih juga bila amarah itu hilang ketika melihat anak yang dimarahi itu tidur. Setuju ke tidak?
---------------------------------------------------------------------
Jika anda merasakan info/perkongsian kami ini berguna, LIKE dan SHARE ARTIKEL ini agar kami dapat kongsikan banyak lagi ilmu2 Parenting daripada admin2 yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Bahasa paling mudah dan sempoi kami guna agar anda tidak bosan baca panjang2
Anda dah baca panjang2 tu apa lagi?. Like dan Share la hihihi
"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"
Like dan Share kami: Ibu Bapa Prihatin

0 comments:
Post a Comment