Bersyukurlah..
Dikala kita selalu pening kepala dengan karenah dan bunyi bising anak-anak kecil,
Masih ada insan diluar yang masih mengharapkan sinar untuk mendengar tangisan bayi keluar daripada rahimnya
Masih ada insan diluar yang masih mengharapkan sinar untuk mendengar tangisan bayi keluar daripada rahimnya
Dikala kita penat dan berputus asa melayan karenah anak-anak,
Masih ada insan diluar sana tidak pernah penat dan putus asa menanti hadirnya nyawa kecil didalam perut
Masih ada insan diluar sana tidak pernah penat dan putus asa menanti hadirnya nyawa kecil didalam perut
Dikala kita berasa malu dengan orang lain kerana perangai anak-anak kecil kita,
Masih ada insan diluar sana yang malu dengan pertanyaan orang sekeliling tentang bilakah mahu menimang cahaya mata
Masih ada insan diluar sana yang malu dengan pertanyaan orang sekeliling tentang bilakah mahu menimang cahaya mata
Dikala kita tidak punya masa nak bermain dengan anak-anak,
Masih ada insan diluar sana berharap untuk merasai gurau senda dengan anak-anak
Masih ada insan diluar sana berharap untuk merasai gurau senda dengan anak-anak
Dikala kita sibuk mencari dan mengumpul duit hingga mengabaikan anak-anak,
Masih ada insan diluar sana yang sibuk berusaha mengeluarkan dan membelanjakan duit untuk memperolehi cahaya mata.
Masih ada insan diluar sana yang sibuk berusaha mengeluarkan dan membelanjakan duit untuk memperolehi cahaya mata.
Bersyukurlah. Kita bertuah daripada orang lain. Mempunyai anak walau seorang, mempunyai anak walaupun aktif, mempunyai anak walaupun tak comel, mempunyai anak walaupun kurang upaya.
Kerana mereka diluar sentiasa mengharap walau 1 nyawa diberikan pada mereka, biar apa pun yang ditakdirkan..
Ketika kita berasa marah, penat, dan hampir berputus asa dengan anak-anak kecil. Lihatlah anak ketika mereka tidur.
Mengapa?
Orang berkata, nak sejukkan amarah diri, lihatlah anak yang sedang tidur. Kerana waktu tidurlah kelembutan wajah anak akan terlihat
Ketika itu anda akan sedar, syukurnya..
Aku masih mempunyai anak..
Bayangkan ketika melihat anak itu tidur, anda bukan melihat anak yang sedang tidur. Tetapi sekujur tubuh kecil yang tidak bernyawa lagi.
Apakah perasaan anda?
Ya kehilangan..Walaupun anak kecil itu selalu memeningkan anda, menyusahkan anda, merosakkan barang anda, tetapi jika mereka sudah tiada, perasaan amarah dan penat pada anak tidak berguna lagi
via: Ibu Bapa Prihatin

0 comments:
Post a Comment