Didik Anak Meminta Maaf Sedari Kecil


Ada anak kecil memarahi, bercakap kasar, meninggikan suara, membuat mimik muka atau apa jua perangai negatif terhadap ibu bapanya, adik beradik atau orang sekitar.
Anak tu tak tahu pun apa yang dia buat salah. yelah, anak sekecil 2 tahun apa yang dia nampak dan tengok itu yang dia ikut ye dak?
Tapi ibu bapa pula hanya memarahinya balik atau menghukum tanpa menyuruh anak tersebut meminta maaf.
Memang anak tersebut akan takut atau insaf sebentar bila dimarahi. Tapi hakikatnya anak itu tidak belajar erti kemaafan.
Dengan meminta maaf anak sebenarnya belajar untuk bersifat hormat dan merendah diri.
Ajar mereka minta maaf pada orang yang dia marahi. Beritahu mereka bila kita buat salah kita kena minta maaf. Didik sehingga mereka faham apa itu maaf. Lama-lama dia akan faham
Orang akan berkata "Alah budak marah bukan tau apa.."
Ya memang dia tak tahu apa. Tapi kita yang tahu ni perlulah ajar anak bahawa memarahi orang tanpa sebab itu salah dan perlu meminta maaf bila buat salah
Walaupun orang yang dimarahi itu tidak terasa hati, tetapi percayalah bila anak sekecil 2 tahun pandai meminta maaf, hati orang dewasa mana tak cair dengan nada suara dan mimik muka anak kecil itu betul?
Orang juga akan berkata pula "Wah!, pandailah budak ni".
Jadi, dah sedia untuk ajar anak anda minta maaf? 1f60a😊
Lebih banyak artikel keibu bapaan akan kami kongsikan. LIKE kami di Halaman: Ibu Bapa Prihatin
Share on Google Plus

About Admin

Laman tentang Ilmu Parenting, Ibu Bapa, Keluarga, Anak

0 comments:

Post a Comment