Kisah ini diceritakan kepada kami. Ada sebuah keluarga tiga beranak. Permulaannya si anak kecil berumur 1 tahun di jaga oleh pengasuh kerana ibu bapanya bekerja
Hari-hari berlalu dalam kehidupan mereka keluar gelap, balik pun gelap. Pergi kerja anak tidur, balik kerja pun anak tidur. Kesibukan mereka teramat sangat sehingga si anak jarang dapat meluangkan masa bersama ibu dan bapanya.
Perkara ini berlarutan sehingga anak itu mencapai umur 5 tahun dan sepanjang tempoh itulah sianak bersama pengasuhnya.
Sehinggalah satu hari tu ketika cuti, si isteri berkata berkata kepada suaminya..
"Abang, petang ni kita bawak anak berjalan2 ditaman, kenal2 rumah sedara, tengok2 sekeliling dan main kat taman bergaul.."
Suaminya bersetuju. Petangnya mereka membawa si anak ke taman. Sambil berjalan sibapa menunjuk sebuah rumah kepada anaknya. "Nah tu rumah Pak Long", itu rumah pakcik Arif, itu rumah ustaz, itu rumah dia bla..bla.." si bapa memperkenalkan beberapa rumah kepada anaknya. Tiba-tiba si anak bertanya..
"Rumah papa dengan mama pulak kat mana.., Iman nak pindah rumah papa dengan mama boleh?"
Mereka tersentak dan saling berpandangan..
Barulah mereka sedar, Selama ni anak mereka tak sedar pun yang papa dan mama dia sememangnya tinggal bersama. Tapi oleh kerana kesibukan bekerja dan jarang bersama dan bersua muka, si anak menyangka ayah dan ibunya tinggal di rumah lain.
Jadinya, para ibu dan bapa diluar. Sesibuk mana pun anda, luangkanlah masa berbual dan bersama anak-anak

0 comments:
Post a Comment