Jangan peluk cium Baby kalau muka penuh mekap...
Syawal masih berbaki beberapa belas hari je lagi. Kunjung mengunjung ziarah menzirahi masih lagi aktif masa-masa ni. Rumah terbuka pun masih banyak
Bagi yang menziarah rumah yang ada bayi kecil, Kalau rasa keadaan diri belum cukup bersih, setakat tengok aje baby tu cukuplah.
Tak perlulah digomol-gomol, peluk cium bayi orang tu.
Bukan apa, baby ni daya ketahanan badan dia sangat nipis. Mudah terkena jangkitan penyakit dan juga mudah terkesan KIMIA-KIMIA dalam mekap-mekap wanita-wanita ni.
Muka penuh bedak setebal 2cm, mekap, gincu, celak lagi.
Belum lagi baju yang seharian tak tukar daripada pagi bawak ke malam, dengan peluh habuk dan bakteria penuh satu badan
Sampai rumah orang habis digomol peluk cium nya bayi orang tu.
Yang mak pak budak tu hanya mampu tengok ajelah, nak tegur pun dah tak boleh takut tersentap
Kita yang dah besar dan berakal ni lah yang kena pandai berfikir.
Tak pasal-pasal budak tu kena alahan ruam dan gatal-gatal kat muka dan merebak seluruh badan. Silap-silap kena penyakit..
Jadinya beringat-ingatlah kita setiap masa bila menzirahi rumah orang. Takkan tuan rumah nak letak Papan Tanda Dilarang Mencium Baby?
Dah baca habis artikel ni? Share la yerk..
Oleh: Ibu Bapa Prihatin
"Daripada Ibu Bapa untuk Ibu Bapa"
"Daripada Ibu Bapa untuk Ibu Bapa"

0 comments:
Post a Comment