"Child Lock" pada kereta mampu menyelamatkan anak kecil anda.
Bagi yang dah tahu, silalah amalkan. Dan bagi yang belum tahu, biar kami sampaikan info ini
Jika sebelum ini anda risau membiarkan anak anda di kerusi belakang kalau-kalau dia membuka pintu, maka selepas anda membaca ini anda patut berasa lega
Tahu ke tak bahawa kereta kini mempunyai fungsi Child Lock pada pintu?.
Child Lock dapat menghalang anak anda membuka pintu daripada dalam. Sebaliknya pintu hanya boleh dibuka daripada luar. Maka mereka akan selamat didalam kereta
Untuk mengaktifkan Child Lock ini sangat mudah. Lihat pada sisi pintu kereta anda dan cari apa jua objek berbentuk "Picu atau Suis" kecil. Maka tolakkan sahaja picu atau suis itu untuk lock dan tarik ke bawah untuk Unlock. Mudah kan?
Tak tahu mana kedudukan picu Child Lock?. Lihat contoh dalam gambar. Setiap kereta adalah berbeza bentuk Child Lock nya, tetapi dari segi kedudukan tak banyak beza. Child lock juga mungkin berbeza dari segi mengaktifkannya samada (Pusing) atau (Tolak Tarik)
Dah baca? SHARE lah yer
Oleh: Admin Ibu Bapa Prihatin
Like page: Ibu Bapa Prihatin

0 comments:
Post a Comment