"JANGAN" yang perlu anda ketahui sebagai parent atau parent to be. untuk mendidik anak-anak dizaman global moden ini.
---------------------------------------------------------------------
+ JANGAN menipu anak dengan janji yang anda tidak boleh penuhi. Anak akan ingat dan tuntut dan boleh hilang kepercayaan jika anda tidak dapat tunaikannya.
+ JANGAN membanding-bandingkan anak antara satu sama lain apatah lagi bandingkan anak dengan anak orang lain.
+ JANGAN tidak hukum anak jika mereka buat salah. Mesti hukum agar mereka tahu mereka buat salah. Seeloknya hukum mereka ketika kesalahan dibuat dengan hukuman yang memadai.
+ JANGAN terlalu memanjakan anak, semua yang dipinta dituruti
+ JANGAN biar anak tengok TV dekat-dekat
+ JANGAN biarkan anak-anak anda melompat-lompat dan tak behave ketika dirumah orang
+ JANGAN dedahkan anak dengan gajet selagi belum cukup 7 tahun. Jika dah terdedah, cari jalan mengurangkan penggunaannya. Pada 2016, ramai murid-murid prasekolah menghidapi rabun jauh. Ini fakta daripada Guru-Guru Prasekolah KPM.
+ JANGAN abaikan anak ketika mereka BERTANYA!
+ JANGAN takutkan anak dengan benda-benda tak wujud, kegelapan atau hantu kalau taknak anak jadi penakut
+ JANGAN selalu beri apa yang anak minta kalau tak mahu dia jadi peminta.
+ JANGAN sesekali beri anak sebarang bentuk makanan ringan samada gula-gula atau jajan. Jangan juga beri anak minuman bergula atau kafein seperti milo, 3 in 1, kopi, nescafe, lagi-lagi minuman BERGAS!.
+ JANGAN solat sorok-sorok daripada anak. Sebaiknya ajak anak dan biar anak melihat ibu-bapa solat
+ JANGAN sesekali tidak ajar anak mengenal tuhan, menyebut kalimah Alhamdulillah, Inshaallah, Allah dan sebagainya.

0 comments:
Post a Comment