Jangan Tipu Anak-Anak Jika Tidak Mahu Ini Terjadi


Jangan tipu anak-anak!.. Ibu Bapa perlu baca ini.
+ Jangan takutkan anak dengan polis seperti "Haa tengok tu polis!, tangkap budak ni!.." Nanti anak akan takut nak jumpa polis bila ada hal keselamatan. Sebaliknya ajar dan tekankan pada anak bahawa polis boleh membantu kita jika dalam masalah.
+ Jangan ajar anak takutkan gelap seperti "Jangan pergi sana..takutt.."
Nanti anak akan terbiasa gelap itu menakutkan. Sebab apa, dia pun tak tahu. Ajar sahaja gelap itu bahaya.
+ Jangan momok-momokkan anak dengan hantu/lipas/cicak/ dan sebagainya seperti "Pegilah sana, ada hantu..Pergilah sana ada cicak, lipas..dia makan nanti.." sebab nak alih/elakkan anak pergi ke satu tempat. Nanti sampai besar anak-anak akan terbawa-bawa. Terus-terang sahaja sebab apa anak tidak boleh ke tempat tersebut, contohnya "Pia, jangan pergi dapur bahaya..".."Jangan pergi main di tandas, licin jatuh..."
+ Ibu-bapa perlu BERCAKAP BENAR pada anak, walaupun anak itu mungkin faham atau mungkin tidak faham.
+ Pendidikan Awal Kanak-Kanak di luar negara menitikberatkan budaya BERTERUS-TERANG pada anak-anak sedari kecil
+ Di negara barat, anak-anak, anak-anak seawal usia 4 tahun sudah tahu jika ibu bapa mereka sudah berpisah.
- Di negara Pasir Berdengung pula, jika ibu bapa berpisah anak-anak akan diberitahu ayah/ibu mereka pergi luar negara, kerja jauh-jauh atau apa sahaja alasan.
+ Ni luar negara, anak-anak kecil tahu jika mereka anak angkat.
- Di Negara Pasir 2 Butir pula, selalunya anak-anak angkat hanya tahu mereka anak angkat bila dewasa. Itupun bila terdedah scara tak sengaja
".. Mama, betul ke Zarra anak angkat..Kenapa mama tak pernah beritahu Zarra sebelum ini..sob..sob..sob"
"..Maafkan mama sayang, mama dah lama nak beritahu, cuma belum masanya lagi..sob..sob..sob.."
Krik...Krik...Krikk...
Oleh: Chegu Obi (Admin ABP)
Share on Google Plus

About Admin

Laman tentang Ilmu Parenting, Ibu Bapa, Keluarga, Anak

0 comments:

Post a Comment