Malu Dengan Anak
Ada ramai parent memang suka buat perkara-perkara sebegini dengan anak-anak
+ Tidur dengan anak
+ Mandi dengan anak
+ Salin baju depan anak
+ Mandi dengan anak
+ Salin baju depan anak
Pernah terlintas rasa malu?
"Pasaipa nak malu? Anak kita kot bukan orang lain. Biaq pi la kami mandi dengan anak-anak kami. Kami tidur dengan anak-anak kami, budak kecik je kot apa tahu..."
+ Cuba anda bukak Quran, cari Surah an-Nur, ayat 58. Takpun tanya pakcik Google, search.
Dalam ayat tu Allah perintahkan anak-anak kalau nak masuk bilik mak ayah, kena mintak izin pada 3 waktu ni
+ Sebelum subuh. Sebab waktu ni anda baru bangun tidur
+ Selepas solat Isyak. Time ni masa anda tidur
+ Waktu tengahari. Waktu disunatkan kita tidur seketika sebelum solat zohor.
+ Selepas solat Isyak. Time ni masa anda tidur
+ Waktu tengahari. Waktu disunatkan kita tidur seketika sebelum solat zohor.
"Pasaipa nak kena mintak izin masuk waktu ni?.."
Sebab nak elak dari terdedahnya aurat ibu-bapa kepada anak-anak.
+ Nak kita ada rasa malu depan anak walaupun kecil
Sebab waktu2 yang disebut tu adalah kadang-kadang waktu yang anda berada dalam keadaan pakaian yang tidak senonoh.
Paham dok aurat yang dimaksudkan tu?
Mak ayah yang biasakan diri anak-anak melihat aurat mereka lama-lama akan jadi tabiat dalam diri mereka sampai besar nanti.
+ Sebab tu anda kena asingkan tempat tidur anak. Mak pak asing. Anak-anak asing. Lelaki lelaki, perempuan sama perempuan
+ Sebab tu anda perlu malu dengan anak
Anda kena ingat, dalam artikel lalu kami ada bagitau otak budak ni merakam. Baik buruk semua dia bedal
+ Tambah pulak kalau dia dah boleh bercakap dan bersembang.
+ Mau pulak anak mudah mesra dengan orang
+ Tak ke dia canang satu kampung apa yang dia nampak kat rumah tu pada orang lain?. Dia bukan tau pun benda tu tak patut
+ Dia boleh cerita mak dia ada taik lalat tang mana. Apa benda. Itu ini besar kecik dan macam-macam lagi.
+ Nak ke anak kabo kat kawan, jiran, mak dia ada taik lalat kat pung**g?
Ini cerita betul. Cerita sini abih sini.
Ada sorang murid ni kabo kat cikgu dia setiap malam papa dia selalu main kuda dengan mak dia. Kesian mak dia, meronta2 kesakitan tapi papa tak endahkan, tak nak turun katanya..
Kbye
---------------------------------------------------------------------
Jika anda merasakan info/perkongsian kami ini berguna, LIKE dan SHARE page ini agar kami dapat kongsikan banyak lagi ilmu2 Parenting daripada admin2 yang mempunyai ilmu dan pengalaman dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Bahasa paling mudah dan sempoi kami guna agar anda tidak bosan baca panjang2
Like kami: Ibu Bapa Prihatin

0 comments:
Post a Comment