Tulisan cantik ini milik seorang kanak-kanak prasekolah berumur 6 tahun. Bila ditanya pada ibunya, anak ini telah dilatih memegang pensil sejak umur 2 tahun lagi.
+ Latih dan bimbing anak memegang pensil sejak awal menjadikan mereka tidak kekok ketika di awal persekolahan
+ Melatih anak menggunakan pensil akan menjadikan tulisan anak lebih kemas dan cantik
+ Jadikan mewarna kemahiran kedua, menulis/melukis menggunakan pensil kemahiran utama.
+ Bila anak tahu menggunakan pensil, automatik dia akan pandai menggunakan warna. Tetapi jika dia pandai mewarna, belum tentu dia boleh menggunakan pensil.
+ Fakta. Terdapat ramai anak-anak yang masih tidak pandai menggunakan pensil ketika berumur 5 tahun semasa berada di prasekolah.
+ Ini menyebabkan mereka sedikit ketinggalan dalam pembelajaran berbanding rakan-rakan mereka yang telah pandai menggunakan pensil.

0 comments:
Post a Comment