Kisah ini berlaku pada anak saudara kami minggu lepas.
Satu malam tu anak perempuannya demam teruk sampai badan penuh ruam. Umur dalam 2 tahun. Demam mengejut. Paginya dibawa pergi ke hospital. Tak lama lepastu meninggal. Hari tu jugak. Cepat sangat impak dia.
Doktor kata bukan Denggi, kencing tikus, atau seumpananya. Doktor masih belum pasti apa penyakitnya. Keluarga tidak mahu post mortem dibuat keatas badan anaknya kerana kasihankan arwah. Hanya sedang tunggu keputusan sampel cecair dan DNA.
Apa yang pasti ia sejenis jangkitan virus yang mungkin dibawa oleh bapa kanak-kanak tersebut. Mungkin bapanya ejen pembawa virus daripada pekerja2 warga asing yang tidak mempunyai suntikan vaksin di negara mereka. Bapanya balik, tidak cuci tangan atau bersihkan diri, terus memeluk anaknya. Inilah kemungkinan yang disampaikan kepada kami.
Wallahualam..
Pointnya disini, jika anda baru pulang daripada mana2 tempat, perkara pertama bila sampai kerumah basuh lah tangan, mandi dan bersihkan diri dahulu. Jangan terus peluk cium anak-anak.
Anak-anak kecil ni tahap imun dia sangat rendah dan mudah kena penyakit.
Pesanan ikhlas: Ibu Bapa Prihatin.
"Daripada Ibu Bapa untuk Ibu Bapa"
"Daripada Ibu Bapa untuk Ibu Bapa"

0 comments:
Post a Comment