Terkesan dengan tragedi kebakaran di pusat Tahfiz, maka marilah kita bersama-sama mengambil iktibar.
Kami di pihak Ibu Bapa Prihatin mengajak anda bersama-sama menyebarkan nasihat picisan ini kerana pada hemat kami, ada antara anda semua mempunyai situasi rumah seperti ini
Kebanyakan rumah yang dipasang grill pintu dan tingkap memang tujuannya untuk mengelakkan kejadian rompakan. Grill tingkap yang dipasang pula jenis pasang mati dan tidak boleh dibuka melainkan dicabut.
Mungkin rumah anda selamat daripada rompakan kerana grill yang dipasang begitu kukuh. Namun jika terjadi kejadian tidak diingin seperti kebakaran, adakah ia masih berfungsi sebagai penyelamat? atau perangkap kematian?
Bayangkan pula rumah 2 tingkat. Kebakaran berlaku dengan marak ditingkat bawah. Isi rumah yang berada ditingkat atas, kemanakah jalan yang hendak mereka tuju?.
Grill begitu kukuh dengan skru dan welding yang mantap. Akhirnya? boleh bayangkan apa yang terjadi?
Justeru, lihat semula grill tingkap rumah anda. Adakah ia PERANGKAP KEMATIAN?.
Jika YA, ubahlah kepada yang boleh DIBUKA dan DITUTUP seperti pintu. Berapalah nilai mengubah struktur grill tingkap anda jika hendak dibandingkan dengan nyawa. Ingat anda bukan sahaja perlu memastikan rumah selamat tetapi juga ISI RUMAH.
Pesanan daripada kami: Ibu Bapa Prihatin
Kami harap anda dapat like, komen dan Sebarkan..

0 comments:
Post a Comment