Penting untuk anda ketahui dan ambil kisah.
Budak di usia bawah 2 tahun memang tak boleh bercakap, apa lagi nak berfikir dengan sempurna.
Tapi di usia itu adalah proses untuk otak dia MERAKAM
+ Kalau kamera aksi Go Pro yg orang bagitau tu hebat. Otak budak ni merakam lagi hebat. Tapi hebat yang berbahaya. Kalau kamera aksi Go Pro rakam aksi, dan benda yang tak suka, boleh delete buang.
+ Kalau otak budak merakam, nak delete tang mana?. Otak budak kalau merakam benda yang tak baik nak buang lagu mana?
Ada cara..
Pi ketuk Medulla Oblongata dia sampai jadi lupa.
Sanggup? Tak sanggup baik hati-hati
+ Sebab apa kata BAHAYA?. Sebab ia merakam apa sahaja. Apa yang dia nampak dia rakam. Baik buruk, cantik hodoh semua dia bedal takdak nak filter-filter lagi dah
+ Sebab tu Kena TUNJUK benda positif depan anak. Kena SOROK benda negatif daripada anak
+ Anak-anak kecil jugak kita tak boleh tinggikan suara. Apatah lagi menengking. (Ekceli boleh marah, tp kawal suara dan jangan kerap. Bukan tengking sampai kluar urat leher). Nanti efek pada otak. Sel-sel otak akan terjejas. Paling teruk, mungkin rosak
+ Kesan dia bila besar anak jadi tak aktif, kemurungan, pendiam, tak yakin diri, IQ kurang, dan Introvet. Anak jadi tak pandai
+ Bukan sebab dia dilahirkan tak pandai
+ Tapi sebab mak pak yang tak pandai
+ Tapi sebab mak pak yang tak pandai
" Eh! Tapi kami dulu-dulu mak pak selalu jugak marah2 tengking kami. Dah besar ni kami elok ja jadi cikgu, doktor, lawyer dan lain2?.."
+ Senang ja. Budak yang lahir generasi kini tak macam generasi kita dulu-dulu. Zaman dulu-dulu zaman main tanah, masuk hutan, panjat pokok, terjun sungai. Zaman dulu mental fizikal memang kental. Tu pasal kena marah tak lut.
+ Zaman sekarang budak lahir ja dah nampak kamera mak pak duk selpie. Zaman gajet, zaman hutan bandar. Mana sama macam dulu. Senang cerita budak2 sekarang lemah dan manja. Anak jalan terjatuh langgar batu, batu di marahnya.
Sebab tu masa kecik ni kena jaga. Kena asuh. Kena bentuk. Mudah lagi nak melenturnya
+ Amalkan puji-puji anak. Walaupun dia cuma baru pandai sebut huruf "A". Atau puji setiap tingkah laku yang baik walaupun kecik
Tepuk tangan bila dia berjaya buat sesuatu
+ Budak tahu tau anda tepuk sebab dia. Budak jugak tau bila anda puji-puji dia. Ingat dia tak tau?
+ Sebelum dia tidur puji lagi. "Pia" baik hari ni, rajin, dengar cakap, sayang anak ummi.."
Otak dia MERAKAM tu
Paling penting DIDIKAN AGAMA
+ Ajar anak doa-doa mudah. Ajar mulut anak puji-puji Allah. "Alhamdulillah", "Insha Allah", "Allahuakhbar" cukuplah.
Mudah je kan?
+ Anak-anak boleh hafal lagu Didi & Friends, takkan puji-puji Allah yang pendek tu tak boleh?
+ Jangan sorok solat daripada anak. Biarlah anak nampak kita solat. Biarlah anak kacau kita solat, kita nasihat pelan-pelan
+ Baca Quran depan anak. Ajak anak duduk sebelah. Dedahkan dia kenal apa itu Quran.
Sebab apa?
Otak diorang sedang merakam dan akan sentiasa merakam sampai besar
+ Apa yang anda tunjuk, itu yang anak ikut.
Kita Kena POSITIF, baru anak POSITIF
Baru anak jadi soleh dan solehah bila besar nanti..
Baru anak jadi soleh dan solehah bila besar nanti..
Takmoh bebel panjang2 nanti korang bosan.
Kalau tak caye apa kami kabo ni
Pi bukak Buku Psychologi Perkembangan & Psychologi Anak
Pi bukak Buku Psychologi Perkembangan & Psychologi Anak
Semua ada dalam tu. Takdak buku Pakcik Google kan ado
Kbye~

0 comments:
Post a Comment