Si Kecil Suka Memanjat?. Biarkan..


Si kecil suka memanjat?. Biarkan..
Jika anda mempunyai anak yang aktif dan sangat suka memanjat, samada kerusi, meja, tangga, pintu grill bahkan badan anda!, anda patut BERSYUKUR.
Bertambah usianya maka ia sepatutnya seiring dengan kemampuan kekuatan otot-otot tubuh si kecil. Akan sampai satu fasa (tak semua akan lalui) si kecil akan suka memanjat
Anda tak perlu khuatir tak perlu risau. Dia sedang berekplorasi menggunakan segala anggota badannya daripada mata, telinga, kaki, dan tangan
Anak yang aktif memanjat, menunjukkan bahawa koordinasi antara mata, tangan, dan kakinya sudah semakin mantap.
Ia juga menunjukkan otot-otot tangan dan kaki si kecil semakin kuat sehingga boleh menampung beban tubuhnya
Walaupun seringkali menjadi igauan para ibu bapa memiliki si kecil yang suka memanjat. Namun memanjat jugalah yang bermanfaat untuk melatih keberanian, keyakinan dan keseimbangan si kecil
Si kecil juga akan menjadi lebih lincah dalam bergerak.
Sebab itu jika si kecil anda suka memanjat, maka biarkanlah.
TETAPI
PERLULAH DIAWASI DAN DIBIMBING. Jangan pulak biarkan aje jika dia memanjat tempat-tempat berbahaya..
Terangkan juga jika keadaan benda yang dipanjat itu membahayakan
Dia memanjat masa kecik ni aje. Nanti-nanti akan lepas lah fasa ni bila dia dah membesar sikit.
Oleh: Ibu Bapa Prihatin
Daripada Ibu Bapa untuk Ibu Bapa
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, Jangan lupa Share, Like dan Follow page kami ya
Share on Google Plus

About Admin

Laman tentang Ilmu Parenting, Ibu Bapa, Keluarga, Anak

0 comments:

Post a Comment