Rumah Ibu Bapa Adalah Rumah Bagi Anak-Anak. Tapi Tak Semua Rumah Anak-Anak Adalah Rumah Ibu Bapa


Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak. Tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa

Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa

+ Makan apa sahaja
+ Tengok siaran tv ikut suka...
+ Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka

Tapi

Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak

+ Tak boleh masak sesuka hati
+ Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka
+ Buat apa sahaja ikut suka

Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa
Begitu juga kenderaan.
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak

+ Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati
+ Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah
+ Kalau rosak semua ibubapa tanggung

Tapi

Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna

Apatah lagi dgn sesuka hati

+ Takut rosak lah
+ Takut langgar lah
+ Takut calar lah
+ Kalau guna pun, pastikan minyak penuh semula
+ Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak-anak

Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak
Ibu bapa sentiasa mengasihi anak-anak
+ Tetapi anak-anak belum tentu mengasihi ibubapa
+ Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa

Mereka ada masa utk membetulkan motor kesayangan mereka bila rosak
+ Tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan

Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
+ Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka

Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan
+ Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin

Ibu bapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada

Tetapi...

+ Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...

Bila isteri bercerita, suami tahu apa yg isteri mahukan
+ Tetapi bila ibu bapa bercerita, anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan
+ Ibu bapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibu bapa takut anak akan terasa

Inilah diantara isi kandungan kuliah yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia di akhir zaman ini...

Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.

Kepada anak2 dan cucu yang masih ada IBU BAPA Hargailah dan sayangi mereka selagi mereka berada di bumi ini

*********************************************************

Admin dapat ni daripada group Whatsapp. Siapa punya pun tak tahu. Tapi isi kandungannya patut kita renungkan. Kalau empunyanya ada, sila PM admin yer beserta bukti untuk dikreditkan.

Kredit kepada tuan empunya artikel.

Jika anda rasa artikel ini berguna, Like dan Share la yer. Tak perlu minta izin

Jangan lupa Like page Ibu Bapa Prihatin juga

Like : Ibu Bapa Prihatin
Share on Google Plus

About Admin

Laman tentang Ilmu Parenting, Ibu Bapa, Keluarga, Anak

0 comments:

Post a Comment