Tolong anak sayang anak?
Ramai mak pak sekarang ni sayang sangat kat anak-anak mereka sampai kerja sekolah pun TOLONG buatkan. Takut tak siap cikgu marah pulak..
+ Bila hantar, cikgu tengok tulisan cantettt je. Kemas. Betul semua pulak tu!. Hebat..
+ Bila tanya buat sendiri ke?. "Eh tak lah." Mak buatkan, abang buatkan, tok ngah buatkan, mak itam buatkan. Hurm..Kalau gini gayanya, sampai bila-bila pun anak tak akan belajar.
+ Anda sedang menjadikan anak itu tidak berdikari dan sentiasa mengharapkan bantuan orang.
Bantu anak bermaksud bimbing anak. Bukan buatkan untuk mereka. Tunjuk cara selesaikan kerja mereka, bukan kita TOLONG selesaikan
+ Jika mereka tak faham, ajar mereka merujuk buku teks
+ Buku teks tak faham, boleh rujuk internet
+ Tak faham juga, nasib ler nak. Sapa suruh tak fokus dalam kelas
Kalau mereka taknak buat, bagi kata dua.
"You give me what i want, then i'll give you what you want"
Senang..
+ Nak tengok TV?, boleh..Ummi nak Pia siapkan kerja dulu
+ Nak main kat luar?, boleh..Abi nak Pia siapkan kerja dulu
Kalau dia tak boleh siapkan kerja, biarkan dia ke sekolah esok dengan kerja yang tak siap
+ Biarkan dia dimarahi dan didenda cikgu
+ Cikgu sedang mendidik dia erti disiplin
Jangan jadi ibu bapa yang terlalu manjakan anak sampai cikgu nak jentik sikit pun tak boleh. Salah satu kesilapan ibu bapa ialah terlalu kasihankan anak
+ Kesian-kesian lama-lama anak akan naik lemak
+ Jangan kesiankan anak sekarang
+ Kesian kan mereka di masa hadapan
+ Mereka akan ketinggalan daripada rakan-rakan lain dalam pelajaran.
Ibu bapa dulu-dulu siap pesan kat cikgu..
"Cikgu rotan lah anak saya, pukullah anak saya, janji tak patah riuk. Janji dia jadi insan berguna.."
Ibu bapa sekarang?
"Cikgu biarkan anak saya duduk kat tar?. See u in court!.."
Mungkin tak semua, tapi ada ibu bapa jenis gini. Harap anda bukan tergolong dalam jenis ini.
Mana anak nak serik?
+ Bila anak dimarahi atas kesalahannya, dia akan serik nak buat lagi
+ Dia akan belajar daripada kesilapan
+ Dia akan lebih peka dan fokus didalam kelas selepas ini. Inshallah
Jangan biarkan dia membesar dengan mengharapkan bantuan tanpa mereka berusaha sendiri
Pepatah Cina kuno ada sebut
"Jika kita ingin menolong orang lain, jangan memberi ikan, tapi berikan pancingnya, kerana memberi pancing lebih baik daripada memberi Ikannya.."
Maksudnya, dalam konteks ini, jika anda memberi anak ikan, anak akan sentiasa berada dalam zon selesa, menjadi malas dan tidak mahu berusaha. Tapi kalau anda memberi pancing, anak akan berusaha mendapatkan ikannya sendiri, malah mungkin lebih besar dan sedap daripada ikan yang diberi anda..
+ Mak pak buatkan kerja sekolah anak memang siap, perfect!, cantik!, betul 100%!. Nora bagi 5 bintanglah!
+ Tapi habuk pun tarak. Takde makna semua tu
Sayang anak biar bertempat. Biarlah anak awak terkial-kial siapkan kerja sekolah. Biarlah tak cantik pun, biarlah bila diperiksa cikgu ada salah pun. Sekurang-kurangnya dia buat sendiri. Bimbinglah anak tu kerana dia sedang melalui proses pembelajaran.
--------------------------
Jika anda merasakan perkongsian kami ini berguna, LIKE dan SHARE ARTIKEL ini agar kami dapat kongsikan banyak lagi ilmu2 Parenting daripada admin2 yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Bahasa paling mudah dan sempoi kami guna agar anda tidak bosan baca panjang2
Anda dah baca panjang2 tu apa lagi?. Like dan Share la hihihi
"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"
Like dan Share kami: Ibu Bapa Prihatin

0 comments:
Post a Comment