Nak Anak Mematuhi Arahan? Ini Cara Yang Kami Amalkan


Mungkin ramai para ibu dan ayah pening kepala dengan sikap anak kecil yang tidak mematuhi arahan. Seperti lepas bermain permainan tidak mahu kemas. Menyepahkan barangan dapur, conteng dinding dan sebagainya.
Jangan menganggap anak degil. Itu tak betul kerana mereka sebenarnya dalam proses pembelajaran. Tiada anak yang lahir-lahir menjadi degil. Anda juga tidak seharusnya terus menghukum mereka tanpa mendidik mereka terlebih dahulu.
Langkah yang kami terangkan ini mungkin boleh diaplikasi untuk membantu menjadikan anak anda lebih mematuhi arahan. Cara ini juga biasa diterapkan oleh orang-orang Barat dalam mendidik anak-anak kecil mereka.
Untuk pengetahuan anda, biasanya kanak-kanak seawal umur 3 tahun sudah boleh memahami percakapan dan menilai emosi.
Kita ambil satu contoh si anak suka bermain dan menyepahkan mainan tetapi tidak mahu mengemas semula. Jika keadaan itu terjadi, cuba cara ini:
1) Beritahu anak apa yang anda sentiasa pesan pada dia. Tanya semula faham tak (Keyword "Faham tak" penting sebagai tanda meminta anak itu memahami perilaku itu salah)
"Sofea, kan umi dah pesan lepas main kena kemas balik. Faham tak?
2) Gambarkan kesan yang akan terjadi kalau dia tidak patuh arahan yang diberi.Wujudkan rasa empati dalam diri anak-anak
"Ini mainan bersepah ni kalau abi atau umi terpijak, jatuh macamana?. Sakit tau. Kesian umi, kesian abi. Tak kesian umi dengan abi ke? darah macamana? Sayang umi tak? sayang abi tak?" (Mainkan emosi dengan mereka, anak seusian 3 tahun boleh menilai emosi sedih dan kasihankan ibu bapa mereka.
Atau
Wujudkan rasa sayang atau takut dalam diri anak.
"Ni kalau terpijak rosak mainan Sofea. Nak mainan rosak?".
Kebanyakan anak-anak tak nak mainan dia rosak
3) Biarkan dia rasa apa yang ibu atau ayah dia rasa. Suruh anak kemas mainan yang disepahkannya dengan dibantu oleh anda. Bila dah selesai, tanya penat ke tak?. Katakan padanya itulah yang ibu atau ayah rasa bila kena kemas mainan setiap kali anak sepahkannya.
"Sofea penat tak?. Umi penat tau Sofea sepah-sepah, kesian umi penat. ?. Taknak main elok-elok jangan sepah tau. Lepas main buat apa?" (Keyword "lepas main buat apa?" perlu untuk penekanan agar anak tahu lepas main apa perlu dibuat.)
4) Denda dan hukuman
Ini adalah langkah terakhir sekali yang perlu dilakukan. Macam biasa jika cara baik tak makan, cara ini boleh diguna pakai. Tetapi perlulah berpadanan dengan usianya seperti tidak membenarkan anak bermain permainan lagi.
Ok. Semoga bermanfaat.
Share on Google Plus

About Admin

Laman tentang Ilmu Parenting, Ibu Bapa, Keluarga, Anak

0 comments:

Post a Comment